Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai perbezaan antara sekolah antarabangsa dan sekolah kerajaan yang menerima kecaman daripada warga laman sosial, adik Neelofa, Nur Ameera memohon maaf melalui laman Instagram.
“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan penyiaran video itu baru-baru ini. Saya tidak berniat sama sekali untuk menyakiti anda dalam apa jua cara sekalipun. Semua yang saya katakan itu adalah berasaskan daripada pengalaman saya dan pemerhatian saya seperti yang dinyatakan dalam video”
“Saya hanya membandingkan, saya tidak bermaksud untuk menghina. Saya merasakan saya mempunyai hak untuk meluahkan pendapat saya dan anda mempunyai hak untuk memberi komen, bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat itu,” katanya.
Menerusi video yang berdurasi 10:23 minit itu, Ameera telah menyatakan pendapat bahawa cikgu di sekolah kerajaan buat kerja cincai, tandas kotor, kantin sentiasa dalam keadaan berminyak malah makanan juga tidak sedap.