Mengakui masih lagi awak berbicara tentang zuriat, Akim Ahmad yang sememangnya rapat dengan anak angkatnya, Bella menjelaskan bahawa dia tidak menolak jika rezeki yang dinantikannya itu tiba awal.
BACA: Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru
“Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat tetapi saya tidak kisah jika diberi rezeki memiliki anak dalam masa terdekat. Saya selalu percaya bahawa anak adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya”
“Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,” kata Akim kepada Kosmo! Online.
Selain itu, pasangan pengantin baru ini juga sudah menyatakan hasrat untuk berbulan madu dengan mengelilingi Eropah secara backpacker, namun belum mempunyai sebarang perancangan tersebut kerana masing masing pun masih sibuk dengan kerjaya. (rtky/s)