GURU BESAR ARAH GURU HALANG MURID LEWAT DARIPADA MASUK KE SEKOLAH, WAJAR ATAU TIDAK ?




PUTRAJAYA - Tindakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah yang tidak membenarkan murid yang terlewat datang ke sekolah, mengundang rasa tidak puas hati sesetengah ibu bapa.
Dalam insiden yang berlaku pada 26 Februari lalu, beberapa murid sekolah tidak dibenarkan masuk dan pintu pagar sekolah dikunci kerana terlewat.

Guru-guru yang bertugas di pintu pagar menyatakan bahawa arahan itu datang dari Guru Besar.

"Saya ucba memujuk guru yang bertugas untuk membenarkan murid tersebut masuk. Namun beliau menjelaskan bahawa arahan telah diberikan oleh Guru Besar agar pintu pagar ditutup dan dikuncin selain tidak membenarkan murid-murid yang lewat masuk ke dalam sekolah buat sementara waktu," kata individu yang tidak disertakan namanya itu.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru-guru yang lain telah meminta arahan 'kunci pintu' itu tidak dilaksanakan, namun Guru Besar tetapi mahu berbuat demikian.

Ekoran itu, ibu bapa meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Guru Besar sekolah berkenaan.

"Tima masuk sekolah kena tepat konon. Tetapi time balik sekolah yang sepatutnya jam 1.45 petang, mereka boleh pula lewatkan sampai jam 1.50 petang.

"Sepatutnya tahan murid yang lewat di dalam sekolah, bukannya di luar sekolah. Kalau ada apa-apa yang terjadi seperti kes culik, rogol, ada pihak sekolah mahu bertanggungjawab?

"Sepatutnya pihak sekolah selidik dahulu punca murid-murid datang lewat. Jangan terus menghukum. Kadang-kadang guru sendiri pun datang lewat. Jangan bagi masuk kalau begitu," kata netizen. - SUMBER
Download