Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah, 36 tahun, mengesahkan bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya, Mohammad Zulfadli Khiruddin, yang berusia 26 tahun pada 27 Februari ini, selain menafikan bahawa bakal suaminya itu punca kepada perpisahan dengna bekas suami.
BACA: Yatt Hamzah Bakal Nikah Jurugambar Hujung Bulan Ini?
Pasangan ini akan dinikahkan pada jam 8 pagi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam manakala majlis resepsi diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam.
“Saya mengenali dia ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria dan saya masih bergelar isteri orang. Dia bukan orang ketiga seperti yang diperkatakan kerana kami hanya berkawan rapat selepas saya dan bekas suami berpisah”
“Pada Disember tahun lalu dia melamar saya dan ia bukan satu keputusan yang mudah bagi saya. Apabila mendapat jawapan selepas melakukan solat Istikharah barulah saya terima lamaran itu,” katanya dipetik daripada Harian Metro.
Yatt bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor pada 25 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malika, 6. (rtky/s)