PANAS ! Farahdhiya Dedah Perbualan Dengan 'Ally Iskandar'. Hampir Jadi Pelacur VIP ?



PETALING JAYA: Penyanyi Farahdhiya mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara sebuah program televisyen.

"Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku pada saya sebelum ramai lagi tertipu. Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi.

"Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerjahosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu," ujarnya.


Farahdhiya memuat naik foto perbualannya di laman sosial Instagram pada Rabu.

Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa foto perbualannya dengan individu itu di laman Instagram miliknya pada malam Rabu.

Tambah Farah, individu tersebut kemudiannya mula menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.

Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan, selain perlu menemani seorang VIP bercuti keluar negara.

"Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.

"Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak," ujarnya.

Farah berkata, dia sudah menghubungi Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Sehubungan itu dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar menerima tindakan sewajarnya.

"Saya sudah bercakap dengan Ally Iskandar yang sebenar dan dia beritahu bahawa sudah beberapa orang lain turut terkena daripada individu yang sama.

"Saya akan buat laporan polis terhadap perkara ini dan saya risau kalau ada artis baru terpedaya dengan penipu ini," ujarnya.
Download