KUALA LUMPUR: Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ternyata kecewa dengan sikap sesetengah penggunalebuh raya pabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 nampaknya begitu mudah dibayar menyebabkan mereka yang membuat salah tidak takut.
"PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.
"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam 'kacang' je dia bayar," katanya dipetik laporan Astro Awani.
Menurut Khalid, pertambahan jumlah kompaun ini dilihat bakal memberikan kesan sekaligus mampu mengubah sikap pengguna jalan raya mematuhi peraturan.
"Sepanjang Ops Selamat 8 sempena Tahun Baru Cina kali ini, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan selain melanggar lampu isyarat."
"Saya rasa Ops Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambahbaikan dari segi bilangan kemalangan terutama kemalangan maut.
"Jadi kita sedar bahawa pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan, tetapi apa yang kami runsingkan adalah sikap," tegasnya. - SUMBER