Seorang lelaki warga Myanmar nekad menggelar lehernya dengan serpihan kaca selepas dipercayai kecewa apabila majikannya enggan membayar gajinya, malam tadi.
Dia ditemui terbaring oleh orang ramai berhampiran sebuah pusat beli belah di Mutiara Damansara di sini dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, dipercayai cuba membunuh diri selepas tidak dibayar gaji lapor BH Online.
SEORANG lelaki warga Myanmar nekad menggelar lehernya dengan serpihan kaca selepas kecewa tidak mendapat gaji. – Foto Ihsan PDRM
“Bagaimanapun, mangsa berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan dengan bantuan awal seorang doktor wanita yang kebetulan berada di situ.
“Mangsa kemudian dikejarkan dengan ambulans ke sebuah hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengalu-alukan maklumat dari orang ramai.

Related Posts :
DEMI MASA DEPAN ANAK, PAK CIK INI SANGGUP JADI GELANDANGAN WALAUPUN GAJI RM1,600 SEBULANPETALING JAYA – Hanya kerana marahkan pepijat, dia sanggup mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada rumah sewanya dan apa yang mengejutkan apabi… Read More...
"SEKOLAH SWASTA MEMANG AJAR BERPAKAIAN CAMNI KE ?"Ingatkan sudah reda, rupanya netizen masih menyimpan dendam kepada adik Neelofa, Ameera, yang sebelum ini mengulas mengenai kebaikan sekolah… Read More...
FAIZAL AF4 MENGAKU KEHILANGGANNYA GARA-GARA TERLIBAT DENGAN DADAHFAIZAL, satu ketika dahulu pernah menjadi fenomena selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ke 4. Dikenali dengan nama Faiza… Read More...
"LEGA DAPAT MEMBANTU ANJING TERBIAR INI"4 Mac 2016 adalah Jumaat yang sangat bermakna bagi aku dan Black. Seekor anjing sesat menumpang berteduh dan tidur berhampiran toilet dan be… Read More...
"ALLAH PINJAMKAN MENJADI SUAMI 2 TAHUN, JADI AYAH 2 BULAN" - LUAHAN HATI SEORANG ISTERIOrang selalu berpesan, "jangan terlalu membenci seseorang kerana itu mungkin jodoh kita," dan ianya dibuktikan oleh Puan Nadirah Razak yang … Read More...