Gara-gara jarang muncul di kaca televisyen, ada yang mendakwa pelakon Almy Nadia kini telah dikongkong suaminya, Fizz Fairuz. Bagaimanapun empunya badan menafikan perkara tersebut serta menjelaskan situasi sebenar kepada BH Plus.
BACA: Saiz Badan Jadi Ukuran, Almy Nadia Tawar Hati Berlakon
“Fizz bukan tidak membenarkan saya berlakon, jauh sekali cuba mengongkong saya. Beliau masih memeberikan keizinan untuk saya berlakon, asalkan tidak mengabaikan keluarga, termasuk dirinya”
“Kalau watak yang ditawarkan sesuan dan kena pada masanya, saya tetap akan terima. Cuma, saya akui tiada tawaran berlakon yang datang. Saya juga kena bersikap realisitik kerana ketika ini pelakon baharu tumbuh bagai cendawan selepas hujan”
“Rupa kena tolak ke tepi, tetapi lakonan perlu bagus. Ia berbeza dengan era sekarang yang lebuh mengutamakan rupa daripada bakat. Stesen TV pun ada kriteria tersendiri dalam mencari pelakon untuk drama yang disiarkan”
“Mungkin ini bukan masa saya lagi, tetapi tidak mengapa. Saya tidak kecewa pun. Kalau ada rezeki nanti, saya akan berlakon juga. Jika bukan dengan produksi orang lain, mungkin di bawah syarikat saya sendiri,” jelasnya. (rtky/s)