Tidak mahu bakal isterinya, Syatilla Melvin terus penat bekerja setelah berkahwin nanti, Shaheizy Sam sebolehnya menjadi suami yang bertanggunjawab dalam meneraju keluarganya.
BACA: Perkahwinan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Dapat Tajaan RM25 Juta
“Saya tidak ada masalah untuk dia terus berlakon, tapi saya sebenarnya tak mahu dia penat bekerja. Kalau boleh saya tak nak orang sekeliling saya bekerja dan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung keluarga”
“Tapi saya faham, seseorang pelakon itu bila dia berhenti berlakon, dia akan rasa ketagih untuk mahu berlakon semula. Jadi, saya tidak akan menghalang, cuma saya tidak galakkan. Saya sendiri sudah menjadi pelakon selama 22 tahun, jadi saya tahu kerja seorang pelakon ini bagaimana”
“Jadual penggambaran memang tak menentu. Saya sendiri susah nak berjumpa dengan keluarga saya, jadi kalau dia pun berlakon, bila masa kami boleh berjumpa. Walau bagaimanapun, jika dia teringin sangat nak berlakon, saya tidak ada masalah,” jelas pelakon ini kepada portal Tonton Extra.
Selain itu, Sam juga turut menjelaskan bahawa dia Syatilla sangat penyabar dengan kerenahnya selain tidak hipokrit. Semoga hubungan pasangan ini akan kekal hingga ke Jannah. Peminat kini sudah tidak sabar untuk lihat majlis persandingan mereka. (rtky/s)
