PANAS! Dato Vida BENGANG Dengan KAFA, Dah Agak Dah Masalah Ni Akan Berlaku !



PETALING JAYA: Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.

Malah Vida turut tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.

"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.


"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah," katanya kepada mStar Online.

Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.

Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.

Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.

"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," katanya.

Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar segera.

"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini," katanya.

Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.

Pada Sabtu, Annuar mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.

Beliau berkata, Kafa akan mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dengan warna 'shocking pink' seperti yang diminta Vida.

"Jersi tersebut akan dilancarkan pada satu tarikh yang ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida," kata Annuar.

Terdahulu, Annuar berkata, jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.
Download