Sebelum ini, kencang khabar angin mengatakan bahawa hubungan Zizan Razak dan juga bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santi Harun mulai rapat. Bagaimanapun, menurut Eizlan, perkara tersebut tidak langsung menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.
BACA: Masih Sayangkan Isteri, Eizlan Yusof Usaha Rujuk Kembali
“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, sebelum ini Eizlan sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk merujuk semula namun perkara berkenaan memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 kemudian bercerai pada Februari 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara itu, Zizan sendiri sebelum ini turut menjelaskan bahawa kontroversi yang melanda mereka adalah mengarut selain lebih suka berdiam diri. (rtky/s)

Related Posts :
Demi Album Baru, Ning Baizura Tangguh Tambah AnakSetelah 5 tahun menanti untuk merakamkan album, kini Ning Baizura akan kembali menjengah studio rakaman pada Disember ini. Bagaimanapun, pen… Read More...
Amir Syazwan Dinobatkan Juara Akademi Fantasia 2016Setelah berhempas pulas selama 8 minggu berturut-turut dalam setiap konsert mingguan Akademi Fantasia 2016, akhirnya Amir atau nama sebenarn… Read More...
Menangis Ketika Sujud, Zarina Zainuddin Kini BerhijabMendapat petunjuk ketika sedang menunaikan solat Subuh, Zarina Zainuddin menjelaskan kepada BH Online bahawa dia kini dalam proses penghijra… Read More...
Gambar Sekitar Pra Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli Di LondonBakal mendirikan mahligai perkahwinan pada 11 November nanti, nampaknya pasangan manis Amar Baharin dan juga Amyra Rosli ada berkongsikan be… Read More...
“Orang Bersalah Terlepas, Dapat Perhatian Di Televisyen”Akibat namanya terpalit dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai Atikah Suhaime dan Idris Khan, Ammar Alfian sekali lagi diuji a… Read More...