Rosyam Nor Terkejut Ika Nabella Ditumbuk, Arahkan Penggambaran Drama Ditangguhkan




Penerbit drama Dawai Asmara, Datuk Rosyam Nor terkejut apabila mendapat tahu pelakon terkenal iaitu Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah drama itu Azma Aizal Yusoof.

Susulan daripada kejadian itu, beliau mengarahkan penggambaran drama Dawai Asmara ditangguh bagi pihak polis menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai.

"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan.

Sementara itu, Ika Nabella dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan dia masih lagi trauma selepas pengarah itu menumbuk bahagian badan serta wajahnya sehingga cedera.

Pengarah berkenaan benggang lalu bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan dalam watak yang dibawa oleh Ika dalam drama tersebut. Sebelum ini, dia juga pernah membelasah beberapa artis lain tetapi kesemuanya hanya mendiamkan diri.
Download