Salah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berasa sangat sedih sebaik sahaja menjawab kertas pertama SPM iaitu Bahasa Malayu 1 apabila dimaklumkan ayahnya telah meninggal dunia tujug jam sebelumnya.
Bapa kepada Fatin Najhan Hasaruddin iaitu Nasrudin Hashim meninggal dunia pada jam 2.50 pagi namun berita sedih itu tidak dimaklumkan kepada Fatin yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Muar kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya untuk menghadapi SPM.
Tambah menyayat hati, pemergian ayahnya itu yang dikhabarkan berpunca daripada komplikasi buah pinggang itu adalah pada hari lahir Fatin yang ke 17.
Dia telah dimaklumkan tentang pemergian bapanya itu selepas selesai menjawab kertas BM 1 sebelum dibawa pulang oleh kakak dan abangnya untuk majlis pengebumian.
"Ketika itu saya agak ralat kerana dimaklumkan agak lambat tentang pemergiaan ayah, namun jika difikirkan balik saya redha kerana tahu keluarga tidak mahu saya hilang tunpuan untuk menduduki SPM."
"Tiada apa yang dapat saya ungkapkan, hiba apabila insan yang paling rapat dengan saya pergi untuk selama-lamanya," katanya.
Namun, Fatin bersyukur kerana sempat menghadiri majlis pengebumian ayahnya itu yang diadakan pada jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam Parit Tiga, Muar.
"Ayah telah berpesan sebelum ini supaya saya menumpukan perhatian penuh kepada SPM dengan tidak terlalu memikirkan akan kesihatanya."
"Arwah kata tanggungjawabnya adalah mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya, seperti ada maksud disebalik kata-kata itu, tidak sangka ayah pergi pada hari pertama saya menduduki SPM yang juga merupakan hari lahir saya," ujarnya.