Federal Bureau of Investigation (FBI) telah memulakan siasatan terhadap 1MDB, dua hari selepas penahanan Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dijadualkan bertemu dengan ejen dari biro penyiasatan itu berkenaan 1MDB, lapor Wall Street Journal hari ini.
Siasatan tersebut merupakan siasatan antarabangsa terbaru melibatkan 1MDB, kata laporan itu juga.
Khairuddin Abu Hassan dijadualkan bertemu dengan ajen FBI pada keesokan hari namun ditahan pada petang Jumaat di kediamannya, kata peguamnya, Matthias Chang kepada The New York Times.