
Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya.

"Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.
Menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini.
"Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.

