1. Baju Semakin Ketat
Salah satu tanda membuktikan bahawa anda sudah mula mengalami peningkatan berat badan apabila setiap kali anda pakai baju yang kebiasaanya longgar. Tetapi baju tersebut akan mula melekat di badan. Sudah tentu anda mula rasa tidak selesa di bahagian perut atau sekitar pinggang dan mula menarik baju tersebut bagi mengembangkannya untuk mengelakkan menampakkan perut anda yang mula bunci. Itu bermakna dan tanda anda sudah gemuk!
2. Lapisan Di Bawah Dagu
Jangan terkejut jika ada dikalangan rakan lama yang jarang-jarang anda jumpa. Apabila bertemu perkara pertama mereka akan persoalkan adalah mengenai bentuk badan anda yang sudah kelihatan sedikit berisi berbanding dahulu. Ini kerana lapisan di bawah dagu anda yang begitu ketara sewaktu anda sedang leka menekan telefon bimbit di tangan. Itu menandakan bahawa berat badan anda sudah bertambah.
3. Saiz Pakaian
Adakah anda tahu atau masih buat-buat tidak tahu apabila setiap kali anda membeli baju dan seluar baharu pasti saiz akan bertambah ke saiz yang lebih besar. Mungkin anda akan berfikir logik kerana mungkin lain jenama pakaian lain saiznya. Namun jika setiap kali anda membeli jenama yang sama dan setiap kali itu saiz bertukar ke saiz yang lebih besar. Apakah maksudnya itu?
4. Mudah Berpeluh
Jika sebelum ini anda jarang berpeluh ketika menaiki tangga rumah atau sewaktu berjalan menuju ke tempat letak kereta di pusat membeli-belah. Namun kini keadaanya berbeza kerana anda lebih mudah berpeluh dan cepat penat. Hal ini, menandakan stamina anda semakin berkurangan akibat penambahan berat badan.
5. Tidak Lagi ‘Selfie’
Perkembangan teknologi masa kini membolehkan semua orang berkongsi pelbagai rasa menerusi gambar dan status di laman sosial media masing-masing. Fenomena ‘selfie’ tidak asing lagi dikalangan individu. Malah anda juga tidak terlepas melakukan pelbagai gaya selfie kemudian dimasukkan ke dalam laman sosial.
Apapun, jika sejak kebelakangan ini ‘selfie’ yang diambil sering tidak menjadi. Malah pipi dan bentuk muka anda kelihatan besar dan mengembang tidak seperti selalu. Awas! Anda mungkin perlu segera menimbang berat badan anda kerana pasti ada peningkatan.