Zamani Malu Diaibkan Ketika Hari Petama Dalam Penjara


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan kira-kira jam 9.30 pagi atas jaminan polis selepas didakwa menyalahguna dadah jenis heroin empat hari lalu.Zamani, 43, Ahmad Zahiril Muhaiyair berkata,zamani salam kelihatan tenang dan beliau memberitahu rasa bersyukur dibebaskan
.
Mengulas lanjut mengenai penyebaran video menyanyi dalam keadaan tangan bergari, Zamani berkata, beliau tidak mahu hal itu dipanjangkan kerana hanya dia yang tahu situasi sebenar, apa yang berlaku.
“Video itu dirakam pada hari pertama saya ditahan reman selepas menjalani hujan air kencing oleh salah seorang anggota polis yang secara kebetulan peminat Slam.
“Bukan niat anggota itu untuk menyebarkannya dan dia juga tidak memaksa saya menyanyi. Anggota itu pun tidak mengasari saya dan tidak menjangkakan yang ia akan tersebar sedemikian,” katanya.
beliau rasa malu dan tersinggung dengan kejadian tersebut setelah kes penahanannya itu turut menjadi perhatian umum apabila videonya yang menyanyi dalam keadaan bergari tersebar di Internet.

“Saya rasa malu kerana diaibkan sedemikian tetapi secara terus terang saya tak marah dan 
minta agar peminat hentikan menyebarkan video tersebut.
“Kejadian yang berlaku hanya saya yang tahu dan tak perlulah untuk dipanjangkan kerana ia melibatkan maruah dan saya tak mahu ada yang hilang pekerjaan,” katanya yang sudah 10 tahun terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Penyanyi era 90-an yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu berkata, beliau merasa insaf atas apa yang berlaku dan berharap agar peminat mendoakannya akan berubah.
“Semasa dalam penahanan, saya rasa keluarga, rakan-rakan dan peminat akan marah dan menyisihkan saya selepas ditahan polis namun jangkaan saya itu meleset dan mereka tidak putus-putus memberikan sokongan moral kepada saya.
“Saya tak nak janji apa-apa tapi saya nak mendapatkan rawatan sebab masih ramai yang beri sokongan kepada saya tanda mereka sayang kepada saya. Sebelum ini pun, dah dua kali saya dapatkan rawatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Port Dickson, Negeri Sembilan dan Ampang, Selangor.Katanya lagi.
Sepanjang ditahan reman sejak 21 Januari lalu, Zamani memberitahu pihak polis menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama.

Jelasnya, beliau tidak diberikan layanan yang istimewa atau yang terlalu teruk, sekadar layanan biasa yang diberikan polis kepada mereka yang ditahan reman.

“Saya rasa layanan mereka biasa. Tidak ada yang istimewa atau yang tidak baik. Sama sahaja dengan insan lain,” katanya.

Kesnya itu akan dibicarakan Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor.therkyatpos.
THE BEST OF SLAM:GERIMIS MENGUNDANG.


Download