Ramai yang masih sayang dengan Zamani. Ditahan polis kerana dipercayai memiliki dan menagih dadah, bekas penyani terkenal kumpulan Slam itu telah dibabaskan dengan jaminan polis dan mengadakan pertemuan dengan pemberita di rumah peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar, semalam.
Video menunjukkan Zamani menyanyi dalam keadaan bergari yang diambil oleh salah seorang anggota polis menjadi viral dan mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkannya mengaibkan penyanyi tersebut. \
Bagaimanapun, Zamani memaafkan anggota polis tersebut yang diakui Zamani merupakan peminatnya yang hanya mahu melihat dia menyanyi.
Bagaimanapun, Zamani memberitahu menerusi Berita Harian Ahad tentang hasratnya untuk meneruskan karier.
Saya mohon maaf kepada peminat dan keluarga kerana mengecewakan mereka.Saya mengaku memang bersalah tetapi tidak mahu disebabkan perkara ini, kerjaya saya bakal berakhir.Saya tidak minta banyak dari mereka, cukuplah doakan saya dapat pulih dan berikan sokongan moral, itu saja. Perkara sudah terjadi, apa lagi yang boleh saya katakan. Cuma saya memerlukan sedikait masa untuk tenangkan diri, tenangkan fikiran dan berehat.
Pada suatu ketika, keadaan dikatakan hening seketika dalam pertemuan itu kerana Zamani terdiam kerana sedih.
Ya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Ada yang tersilap perkiraan dan pilihan dalam menjalani kehidupan tetapi itu tidak bermakna kehidupan telah berakhir.
Yang penting Zamani masih ada keizinan dan keazaman untuk berubah. Diharap abang Zamani akan pulih sepenuhnya dan memeriahkan semula industri hiburan.
Mana tahu ada rezeki untuk menyertai Gegarvaganza pastinya Zamani dapat memberikan saingan sengit. Bersama kita doakan kepulihan beliau.