Quote:
Originally Posted by TT (Post 21228057) Ku tunaikan janjiku Kuala Lumpur: Janji setia ditunaikan dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat berjemaah. Itu yang dilakukan Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan dihadiri kaum keluarga terdekat. "Eqa masih trauma dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran. Katanya, kejadian itu bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang suami. "Alhamdulillah keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit. Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya sehingga akhir hayat. "Apa guna rupa paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini. Azijja berkata apabila bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan. "Saya bantu isteri hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan. Dalam kejadian jam 2 petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, Pasir Puteh. Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21056#....OAYycWWr.dpuf |
ohmedia