Kiev: Presiden Shakhtar Donetsk, Rinat Akhmetov yakin penyerang Brazil, Fred dan lima rakan sepasukan yang enggan pulang ke kelab Ukraine itu selepas tragedi membabitkan pesawat MH17 akan kembali juga dalam sedikit masa lagi.
“Memang benar, enam pemain ini tidak kembali ke Ukraine dari Perancis. Tapi saya yakin semua pemain ini akan kembali ke kelab ini sedikit masa lagi.
“Mereka semua tertakluk kepada kontrak dan jika tetap enggan untuk kembali, mereka akan menerima hukuman penalti seperti yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan,” kata Akhmetov.
Jaminan keselamatan
Selain Fred, lima pemain terbabit ialah Alex Teixeira, Douglas Costa, Dentinho, Ismaily dan pemain dari Argentina, Facundo Ferreyra.