
Ini bukan letak kat tapak kaki lagi otak dia, otak dia tertinggal dekat rumah dalam peti ais sejuk beku!
Seorang pemandu dengan tidak rasa bersalahnya telah parking kenderaan tepat-tepat di laluan keluar trak bomba dalam kawasan Balai Bomba dan Penyelamat, Tuaran.
Sedangkan meletak kenderaan di hadapan pili bomba sudah pun menjadi kesalahan kerana boleh mengganggu kerja-kerja memadam kebakaran inikan pula di laluan keluar trak bomba untuk menjalankan tugas apabila terdapat panggilan kecemasan yang dihalangnya.
