Kerajaan Malaysia Paling Zalim Rakyat Merana





















Buat pengetahuan Anda, negara kita Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.



Kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.



Fakta Obesiti Malaysia



Di Malaysia, 29.1% populasi dewasa didapati berlebihan berat (BMI 25.0 – 29.9).

Di kalangan golongan dewasa yang obes (14.0%), golongan wanita cenderung mengalami kegemukan (17.42%) berbanding lelaki (10%).

Antara kumpulan etnik, kaum India mempunyai berat berlebihan yang tertinggi (33.2%), diikuti oleh Melayu (29.8%) dan Cina (28.5%).

Prevalen kurang berat (BMI <18.5) adalah 8.5%; tahap ini sama bagi lelaki dan perempuan.

Prevalen kegemukan abdomen (lilitan pinggang wanita >88cm dan lelaki >102cm) adalah 17.4%. Wanita menunjukkan prevalen lebih tinggi (26%) berbanding lelaki (7.3%).

Prevalen berat badan berlebihan bagi orang dewasa meningkat dengan umur, terutamanya diperingkat kumpulan umur 35-39 tahun sehingga 60-64 tahun.

Prevalen kurang berat (BMI <18.5) di kalangan orang dewasa di bandar (9.8%) adalah lebih tinggi daripada kawasan luar bandar (7.8%).

Di kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas, prevalen pengecutan otot sebagai indikator malnutrisi ialah 19.9%, dengan kaum lelaki mempunyai risiko malnutrisi lebih tinggi (23.7%) berbanding wanita (16.8%).











Download