Astaga! Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ini? Bulan lepas kita sudah nampak penyebaran beberapa keping gambar instagram remaja daripada negara barat dengan aksi selfie maut panjat bangunan dan menara.
Kerana ingin meraih populariti mereka sanggup membuat apa sahaja. Inilah dia kebanggaan remaja generasi Y. Nampak gaya trend selfie maut itu sudah mula menular masuk ke negara kita.
Lihat sahaja gaya dan aksi berani mati gadis melayu ini. Berjalan di lereng bangunan semata-mata untuk mendapatkan shot selfie maut.
Trending Malaysia berharap budaya menggunakan monopod dan selfie maut ini tidak menjadi ikutan remaja lain di Malaysia.
Kita semua tahu apa kisah yang akan menyusul selepas trend selfie maut ini menjadi ikutan remaja. Kes kematian remaja Malaysia jatuh bangunan tersiar di muka depan akhbar dan TV.
Ingatlah keluarga tersayang. Nyawa anda itu lagi berharga daripada populariti.
Ya Allah selamatkanlah bangsaku ini.
Sumber: http://trendingmalaysia.blogspot.com...#ixzz34xfd4fzR
:o~X(#:-S:(