Siapa Minat Naruto Budak-Budak???







Saya selalu diperkatakan apabila menonton, bercerita, menggunakan nama dalam Naruto, selalu disindir, sound & kutuk;

"Macam budak-budak!" "Hoi, matang la" "Kau bukan budak lagi" dan macam2 lagi.



Selain dari media keagamaan, ada kalanya kita perlukan hiburan untuk diri sendiri. Namun apa media yang anda semua rasa matang dan sesuai ditonton untuk umur korang semua? TV? Movie? Radio? Filem? Carekarama?



Komik hari ini bukan macam komik Disney macam Mickey Mouse yang hanya buat budak2 gelak walau ditonton 100 kali namun tiada langsung mesej dibawa kalau ada pun hanya sesuai untuk pembelajaran ringan kanak-kanak spt Wonderpet. Memang la sesuai untuk budak bawah 12tahun.



Komik-komik Jepun macam Doremon, Dragon Ball, Dragon Quest, Fairy Tales, Bleach, One Piece, Kyo Samurai Deeper, Naruto, dan lain2 dilihat sebagai kartun kepada orang lain. Tetapi mereka yang membaca dan menonton ada kalanya rasa ianya lebih kepada pembacaan orang dewasa. Mesej, kejadian, isu yang dibawa adakalanya sama seperti dunia hari ini cuma diwatakkan dalam bentuk kartun dan imaginasi. Jangan samakan yang disiar kat TV3 atau TV1. Semuanya ulangan atau tangkap muat jer.



Namun jika saya bandingkan kepada media yang anda anggap "Dewasa" untuk ditonton, saya dapati filem melayu tak abis-abis;

kisah hantu

kisah kawin-cerai

kisah cinta-cemburu-tikam belakang

kisah gangster

kisah poligami, cerita melayu, suami wajib ada perempuan lain

kisah bini kedua jahat

kisah mak tiri jahat

kisah saudara jahat dan iri hati

kisah kena rogol masa kecik, da besar cari cinta

kisah agama tapi cerita dalam disco, minum arak, maksiat lebih banyak dipapar dari nasihat.

kisah cinta terhalang

kisah adik beradik pendengki & jahat & tikam belakang

kisah isteri curang

kisah suami curang

kisah jiran jahat

kisah anak/bini/suami/pakcik/makcik/kawan tamak harta

kisah fitnah memfitnah

dan kisah2 yang memang penyakit masyrakat kita dan kita ibarat mengajar mereka lagi penyakit ini.

kisah arak, dadah, bunuh, langgar



Kisah-kisah yang membuatkan kita benci/pandang serong/niat jahat kat suami, isteri, adik ipar, abang ipar, akak ipar, mak mertua, bapak mertua, keluarga&saudara mara belah suami@isteri, kawan-kawan, jiran dan orang yg tidak kita kenal. Dan dilakonkan disituasi sama dihadapan kita berbanding ngan komik yang kita tahu ianya tidak wujud persekitarannya.



Nota: Saya buat pembandingan dengan cerita kat tv malaysia, filem malaysia, secara purata dengan komik Naruto (saya pilih naruto sebab ramai yang bercerita/kenal Naruto)



p/s : death note, detektif conan... memang nmpak cam budak2.. tapi siapa yg betul2 hayati cerita tu dah bukan tahap pembacaan budak2.. dah macam sumber reference


Download