Share/Info 7 Fakta/Auta Cloth Diapers.







Kami telah membuat keputusan menggunakan Cloth Diapers untuk cahaya mata pertama. Keputusan diambil atas dasar jimat, tahan lama & cantik.



Leceh dan memenatkan? Itulah pengorbanan untuk anak, kenapa nak pertikaikan?



Cloth Diapers boleh dikatakan masih baru diperkenalkan di Malaysia (atau aku sorg je yang baru tau? ahahaha), oleh itu adalah penting untuk kami dan juga korang yang berminat menggunakannya memahami fakta-fakta yang berkaitan dengan Cloth Diapers. Bukan setakat fakta, auta pun ada. Jom siasat satu persatu!







1. Cloth Diapers Tidak Mesra Kulit Bayi: AUTA

Apabila dibasuh dengan sabun basuh bayi, kebersihan cloth diapers mudah untuk dikekalkan. Cuci cloth diapers sekurang-kurangnya setiap 3 hari dan jemur di bawah cahaya matahari untuk memastikan kotoran hilang.



2. Cloth Diapers = Seluar Pin & Plastik: AUTA

Cloth diapers dibuat daripada fabrik hi-tek dan dipasang menggunakan snaps atau Velcro. Bahkan, cloth diapers adalah seselesa lampin pakai buang.



3. Cloth Diapers Membantu Kanak-kanak Lebih Cepat ‘Tinggalkan Diapers’: FAKTA

SAP, atau sodium polyacrylate, adalah polimer cepat serap dalam kebanyakan lampin pakai buang. Ia bertujuan membantu kulit bayi sentiasa dalam keadaan kering, tetapi dalam masa yang sama banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti gangguan endocrine. Cloth diapers juga mengeringkan, tetapi ia membuatkan bayi merasa cukup ‘basah’ dan faham bila masanya buang air kecil, secara tak langsung melatih mereka untuk ke tandas.



4. Banyak Wang Digunakan Untuk Cloth Diapers: AUTA

Cloth diapers berharga dalam RM20-RM50 sepasang mengikut jenis dan kualiti yang dilihat agak tinggi nilainya. Tetapi ia boleh digunakan untuk lebih dari seorang kanak-kanak. Saiz yang boleh diubah juga membolehkan seorang bayi menggunakan cloth diapers sehingga berumur 4 tahun. Perbandingan secara kasar untuk perbelanjaan cloth diapers dan diapers pakai buang untuk seorang bayi dalam tempoh 4 tahun ialah RM500+ kepada RM4000+.



5. Cloth Diapers Kurangkan 1 Tan Sampah Dalam Setahun: FAKTA

Cloth diapers boleh mengurangkan 1 tan sampah di tapak pelupusan sampah dalam setahun untuk seorang kanak-kanak. Fakta ini sesuai dengan kempen go green, yang penting untuk menyelamatkan bumi kita dari pencemaran. Lampin pakai buang mengambil masa lebih kurang 500 tahun untuk terurai yang bermaksud great great great great great great great great great great great great great great great great great grandchildren anda akan melalui kehidupan dengan diapers pertama yang dicipta 40 tahun dahulu.



6. Cloth Diapers Susah Untuk Dicuci: AUTA

Cloth diapers moden boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan dryer. Beg laundry boleh digunakan untuk memastikan diapers dalam keadaan yang kemas. Seperti pakaian lain, tak perlu cuci menggunakan tangan.



7. Cloth Diapers Adalah Lebih Sihat Untuk Bayi: FAKTA

Lampin pakai buang dibuat daripada bahan yang mengandungi carcinogen dioxin, SAP atau sodium polyacrylate (yang dikaitkan dengan tindakbalas kimia yang boleh membahayakan kanak-kanak juga boleh menyebabkan ketidakseiimbangan hormon), dan plastik (yang tidak sihat untuk bayi dan ekonomi). Cloth diapers dibuat daripada polister/kapas/wul di bahagian luar, dan mikro-fiber/hemp/bamboo/kapas di bahagian dalam.



So think about it, it’s time to change!:)cgrock:)cgrock


Download