Santai Hati siapa tidak remuk, gambar kad jemputan kahwin anak Ahmad Said



May 13, 2014







Hati siapa tidak remuk, jiwa siapa tidak sedih, kalau diperlakukan sebegini rupa, macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi.



Berdasarkan apa yang tertulis pada kad jemputan tersebut, beliau inginkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman Menteri Besar Terengganu.



Bayangkan, semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkhawinan sahaja. Kad kahwin sudah beribu dicetak, kain rentang dan bunting sudah siap ditempah.



Seorang menteri besar yang berjasa selama 6 tahun, cuma minta ditangguhkan selama 7 hari permintaannya telah ditolak mentah-mentah.



Lagi menyedihkan angkat sumpah dilakukan di waktu malam, sememangnya dari segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat seperti tindakan yang tergopoh-gapah.





http://www.youtube.com/watch?v=Uy6xdji03tU





sumber http://omakkau.blogspot.com/2014/05/...n-sebagai.html


Download