Jom Raikan Sambutan 15 Mei Setiap Tahun







Raikan Hari Keluarga Antarabangsa 15 Mei Dengan Kempen “Better Together with Oreo”


Ramai orang pada amnya memahami betapa penting meluang masa bersama keluarga. Namun perkara lain sering dijadikan keutamaan bahkan mengatasi tempat orang tersayang hinggakan ketika bersama sekali pun, turut terganggu dek sibuk melayan alat peranti. Ahli keluarga mungkin berada secara fizikal dekat di mata dalam bilik yang sama, namun mereka jauh di hati, dalam erti kata ikatan keluarga sebenar. Inilah sebabnya Oreo merancang gerakan perubahan menggalak keluarga Malaysia untuk bersantai “unplug” dan meluang masa bersama dalam program Hari Keluarga Antarabangsa (15Mei) menerusi kempen “Saat Bersama Dengan Oreo.”



Hubungan akrab keluarga dan kebersamaan adalah teras nilai Oreo, dan tahun ini Oreo ingin meneruskan peranan sebagai penghubung keakraban keluarga Malaysia menerusi sentimen terputus kepada menjalin tali pencantum. Oreo bukan asing dalam meraikan keluarga, sama ada ibu, bapa, anak perempuan dan anak lelaki. Kami memperjuang perayaan kebersamaan keluarga, dan berharap menerusi kempen ini, dapat memperkasa keluarga di seluruh negara untuk mengabadikan masa akrab bersama orang tersayang



Bagi terus memberi inspirasi kepada warga Malaysia untuk mendedikasi dan memberi komitmen kepada detik-detik bersama dengan keluarga sempena meraikan Hari Keluarga Antarabangsa, Oreo bakal bekerja sama dengan restoran Secret Recipe terpilih di Lembah Kelang dari 15 – 18 Mei ini. Ahli sekeluarga boleh berkunjung terus ke kedai Secret Recipe terdekat dan menyertai sesi “unplugging”, untuk memenangi hadiah dan cenderahati Oreo dan Secret Recipe.



Untuk mendapat maklumat lanjut tentang kempen ‘Saat Bersama Dengan Oreo’dan butiran lengkap mengenai aktiviti berkaitan, sila layari www.oreo.com.my



Download