APA KATA ANAK YATIM TENTANG PENGETUA TAHFIZ & SAKSIKAN VIDEO SYOK SENDIRI PENGETUA TAHFIZ


                                  

ANAK YATIM PERTAHAN MARUAH PENGETUA YANG BERFOYA-FOYA | TIDAK tahu betul atau tidak tetapi apabila tersiar gambar lelaki yang didakwa pengetua sebuah sekolah tahfiz anak yatim di Kedah dan mempunyai pejabat di Shah Alam sedang bersuka ria timbul perasaan curiga kepada orang ramai hendak menghulurkan derma.


Bukanlah niat penulis hendak mengaibkan sesiapa tetapi disebabkan terlalu ramai kanak-kanak yang ‘diperalat’ untuk mengutip derma timbul rasa tidak senang hati melihat keadaan itu.


Apakah ia perbuatan sindiket atau sebaliknya.

Terserempak dengan seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Laila yang membawa resit derma dan barangan dari sekolah tahfiz terbabit, penulis terus bertanyakan tentang gambar pengetuanya yang tersiar di internet.


“Itu semua fitnah. Pengetua saya seorang yang baik. Encik tak kenal dia tetapi saya tahu dia telah difitnah,” kata Laila dalam nada suara tegas mempertahankan maruah pengetuanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di sini hari ini.


Musykil masih bersarang, saya bertanya lagi kenapa pengetua itu boleh bersuka-ria menyanyi dan bersenang lenang di pantai sedangkan pelajarnya keluar mencari derma serta menjual barang di merata tempat.

”Itu cara dia berdakwah. Lain orang, lain cara mereka menyampaikan ajaran Islam. Kalau dia pergi karaoke ke atau ke mana-mana, itu cara dia berdakwah." Jawab Laila.


“Encik tak boleh pertikai apa yang dia buat. Encik tak tahu cara dia menyampaikan ajaran Islam. Kami pelajar dia tahu semua yang dilakukan oleh pengetua kami adalah kerana agama Islam. Encik sendiri belum tentu masuk syurga kalau nak banding dengan pengetua kami,” kata gadis sunti itu lagi.

Apabila diminta bergambar, dia dengan senang hati memberi izin sambil berkata:” Ambillah gambar saya. Biar saya jadi popular. Saya berada dipihak yang benar. Allah tahu apa yang saya buat.”


Persoalannya, adakah gambar yang tersiar itu benar-benar pengetua sekolah tahfiz tersebut? Kalau mengikut perbualan dengan Laila, dia seperti tahu gambar pengetuanya berpoya-poya telah pun tersebar di alam maya yang secara tidak langsung mengesahkan itu adalah pengetuanya.

Apa yang menghairankan, kalau benar ini bukan fitnah nyata kenapa kanak-kanak seusia itu bermati-matian mempertahankan pengetuanya yang berkelakuan buruk itu?

Setiap baris kata yang dilafazkan dilihat seperti mengikut skrip yang telah disusun.

Kalau ada yang bertanya, jawapannya adalah untuk berdakwah. Lain orang lain caranya menyampaikan dakwah adalah skrip yang disebut berulang kali dengan penulis.


Laila bagaimanapun enggan menjawab soalan lebih lanjut seperti anak siapa, tinggal di mana dan sebagainya yang berkaitan tetapi terus berlalu.

“Kalau nak derma, bagi sahajalah dengan ikhlas hati, tak payahlah nak burukkan orang lain,” katanya sebelum berlalu.



Masalahnya, siapa yang harus bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak itu daripada terus mengemis?

Jom sakikan video yang layak diberika jolokan video syok sendiri pengetua Tahfiz

                       
Macam-macam



Download