Foto Kekejaman di Penjara Syria,bukti jenayah Rejim Assad


Gambar bayi bernama Israa al-Masri yang juga kekurangan zat makanan. Israa meninggal dunia beberapa hari kemudian

DAMSYIK 27 Jan. - Satu lagi kekejaman Presiden Syria, Bashar al-Assad terbongkar, apabila sebanyak 71 pelarian Palestin yang ditempatkan di Kem Yarmouk, di sini dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan bekalan ubat selepas kem berkenaan dikepung selama 197 hari oleh tentera negara ini.

Perkara itu disahkan dengan penyebaran sebuah video di Internet, memaparkan seorang pelarian warga emas lelaki yang kurus kering, menceritakan pengalamannya yang sukar mendapatkan makanan.

"Saya sendiri tidak ingat, bilakah kali terakhir saya makan," katanya dalam video berdurasi 27 saat itu.
Penyebaran video itu di media-media sosial, menguatkan lagi dakwaan bencana kemanusiaan di kem pelarian Palestin tersebut yang telah berlarutan selama berbulan-bulan.

Krisis kemanusiaan itu turut memberi kesan terhadap wanita dan kanak-kanak, malah ada antaranya meninggal dunia kerana kebuluran.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 45,000 orang di Yarmouk, kebanyakan rakyat Palestin, dikepung oleh tentera kerajaan dan tidak mempunyai akses kepada bekalan makanan dan perubatan.

Aktivis Syria turut menggesa penentang kerajaan yang menghadiri rundingan damai di Switzerland untuk menyiarkan video tersebut bersama gambar-gambar lain sebagai bukti berlakunya krisis kemanusiaan di kem berkenaan.

Kira-kira 500,000 rakyat Palestin berlindung di Syria sejak Israel mula menjajah negara itu pada 1948.
Sebelum kebangkitan menentang Assad pada tahun 2011, kebanyakan daripada pelarian Palestin menetap di Yarmouk, selatan Damsyik, namun sebahagian besar mereka kini hilang tempat tinggal selepas perang saudara Syria meletus.

Sementara itu, kerajaan Syria bersetuju untuk membenarkan golongan wanita dan kanak-kanak berpindah keluar dari kawasan yang dikuasai penentang di bandar Homs pada hari kedua perbincangan antara wakil kerajaan dan penentang kerajaan di sini, semalam.

Dalam perjanjian yang dibuat antara kedua-dua pihak bertelagah itu, utusan khas PBB dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi berkata, kerajaan Assad membenarkan pemindahan tersebut bermula serta-merta.

Namun begitu, aktivis penentang di Homs menyatakan keraguan dan menuntut bekalan bantuan disalurkan terlebih dahulu selain jaminan supaya wanita dan kanak-kanak terlibat tidak ditahan. - AGENSI/AFP

lagi foto kekejaman









Dokumentasi dari agensi Anatolia. Bagi jenayah rejim Assad dan risikan dalam penjara Syria. Ini adalah sebahagian dari ribuan bukti! Babak kekejaman yang nyata! Dan Allah jua sebaik-baik pembalas keatas segala kekejaman yang mereka lakukan


Allah SWT berfirman :
A010


“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat


Dana boleh disalurkan kepada Tabung Mangsa Kezaliman Syria:
            Bank:                          CIMB
            Nama Akaun:            Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
            No Akaun:                 12710006188528
Mohon agar dapat diemailkan salinan bank keadmin@persidam.org  (Tel: 019-2663795 Ust Aleh Solihin Ahmad Sidiki)
Muslim Care Malaysia
No. 5, Jalan Puisi U2/27,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tel/Fax: +603-7842-1200
Emel: mymuslimcare@gmail.com
Beri sokongan kepada kami dengan menyumbang bagi membiayai aktiviti-aktiviti anjuran kami. Sumbangan anda merupakan nadi penggerak kepada segala aktiviti dakwah dan kemanusiaan kami. Semoga Allah melipat-gandakan ganjaran kepada semua penyumbang kami.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada muslimin dan muslimat. Moga Allah memberkati dan memurahkan rezki kita semua sepanjang bulan yang mulia ini. Harap dapat dipanjangkan email ini kepada sahabat-sahabat kita. Moga Allah menjadikannya sebagai amalan kita dalam usaha membantu saudara kita di Syria.


Utusan Malaysia & peribadi rasullulah
Download