LIYANA (bukan nama sebenar) masih tidak dapat menerima hakikat bahawa 'bayi' yang dikandungnya selama enam bulan hilang begitu sahaja.
Katanya, suatu malam semasa sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh lembaga berpakaian putih yang diyakininya sebagai orang bunian.
Orang bunian tersebut memberitahunya akan mengambil anaknya untuk dipelihara. Puas Liyana menghalang namun mereka tetap juga mengambil anaknya.
Sebaik sedar daripada tidur, Liyana mendapati perutnya sudah kempis dan kandungannya sudah hilang.
Antara percaya dengan tidak, kejadian yang dialami Liyana sebenarnya sering kedengaran di kalangan masyarakat Melayu, yang mana 'bayi' dalam kandungan 'hilang' tiba-tiba dikatakan diambil 'orang bunian'.
Sememangnya, bagi pasangan yang baru berkahwin dan mengharapkan kehadiran cahayamata, berita mengenai isteri yang dikatakan hamil adalah sesuatu yang menggembirakan.
Namun kehamilan tidak semuanya berakhir dengan kelahiran bayi. Terdapat kes-kes yang jarang berlaku, di mana seseorang wanita percaya bahawa dia sedang hamil namun kecewa apabila simptom kehamilan yang dialami bukan kerana disebabkan hamil tetapi kerana sesuatu masalah.
Apa pendapat anda?