Orang kata kalau tidak mahu disengat, jangan dijolok sarang tebuan. Begitulah yang dibuat oleh seorang wanita yang sengaja mencetuskan pergaduhan dengan pelakon cantik dan hebat iaitu Rita Rudaini. Kami telah melihat gambar yang telah dimuatnaik oleh Rita Rudaini di laman Instagram miliknya dan gambar itu cukup cantik.
Tetapi adalah hamba Allah yang busuk hati memberikan komen negatif. Awak dah tahu yang Rita itu mudah naik angin, lagi awak nak naikkan kemarahannya. Rita juga seorang manusia, mempunyai hati dan perasaan, takkan asyik nak menyimpan perasaan sahaja kerana dia seorang selebriti?
