Tahukah Anda..Menabur Bunga DiPusara Adalah Budaya Israel



Berziarah sambil menaburkan bunga ke atas pusara menjadi tradisi yang sering dilakukan masyarakat Malaysia. Ziarah pusara sanak-saudara tidaak lengkap tanpa menabur bunga.

Tapi, ternyata tabur bunga bukan saja dilakukan orang Malaysia. Tradisi sama dilakukan sejumlah warga Negara lain.

 Penyelidikan oleh University of Haifa, Israel, baru-baru ini mendakwa bahawa tradisi menabur bunga di atas pusara berasal dari bangsa Israel Kuno.

 Kajian ini berdasarkan bukti sebuah makam kuno bangsa israel yang usianya sudah 14 ribu tahun.

Ketika meneliti, para penyelidik mendapati fosil-fosil bunga di atas mayat yang telah terkubur. "Ini contoh paling kuno dalam hal meletakkan bunga dan tanaman segar di atas makam sebelum menguburkan mayat," kata penyelidik Dani Nadel.

Penyelidikan tidak mengungkap apakah tujuan menaburkan bunga di dalam kubur sebelum mayat dikebumikan.

Sebelum ada penemuan ini tradisi tabur bunga di atas makan telah dilakukan sejak 35 ribu tahun lalu.

Walaupun tabur bunga ini semula dianggarkan pertama kali dilakukan oleh Neanderthal di Gua Shanidar, Iraq.

Namun bukti tradisi ini baru ditemui sekarang. Walaupun penemuan oleh ilmuan di Israel ini berbeza dari tradisi tabur bunga di masa kini.

Penemuan ini menunjukan mayat sebelum dikebumikan akan ditaburi bunga. Sedangkan tradisi saat ini menguburkan mayat terlebih dahulu sebelum pusara di taburkan bunga.

Download