Salah satu adegan dalam iklan True Move H
Kisah ini datang dari negeri Thailand. Daripada tiga puluh tahun lampau. Demi menyembuhkan ibunyanyanya, seorang lelaki muda mencuri ubat-ubatan di sebuah kedai. Aksinya ketahuan.
Di kerumunan orang ramai yang menonton, Ibu ini berkali-kali mengherdik, "Apa yang kau curi?" Tak sabar menunggujawapan, si Ibu merogoh saku lelaki kecil itu. Mengeluarkan botol ubat. Lalu dia mendorong-dorong kepala bocah itu.Lelaki kecil itu cuma boleh tertunduk. Malu. Tentu saja ketakutan.
Mendengar keriuhan itu, seorang pemilik rumah makan keluar.Dia tersentuh melihat lelaki kecil itu. Mencuri ubat demi kesembuhan Ibunya. Pemilik warung makan bertubuh kurus jangkung ini, lalu membeli ubat yang dicuri itu. Wang diserahkan kepada Ibu yang terus mengomel itu.
Setelah menyerahkan wang kepada pemilik farmasi itu, dia kemudian memerintahkan anak gadisnya yang masih kecil membungkus semangkuk sup. Ubat-ubatan dan sekantung sup itu kemudian diserahkan kepada anak kecil itu.
Si pencuri kecil itu menatap lelaki jangkung itu dalam-dalam.Berterima kasih dengan tatapan mata, sembari merasa hairan.Cuma sejenak, lalu dia berlari pulang.
****
Tiga puluh tahun kemudian. Lelaki jangkung itu tiba-tiba jatuh tersungkur, sesaat setelah memberi makanan kepada pengemis yang datang ke warung makannya. Anak wanitanya terpekik histeria. Sembari terus menangis mengantar sang ayah ke rumah sakit. Si ayah kurus itu berbaring lemah dengan sejumlah alat menyambung ke tubuh.
Kesulitan sepertinya datang susul menyusul. Di tengah air matanya yang terus berderai, seorang jururawat menyodorkan senarai kos rumah sakit. Dia terkejut. Jumlahnya banyak.Semua keuntungan dari warung kecil itu tak akan sanggup membayar. Mengumpulkan segenap keberanian dia kemudian menemui doktor. Sang doktor menatapnya dalam-dalam.Lama sekali.
Tersepit di tengah kesulitan seperti itu, anak wanita itu tak punya jalan keluar. Warung, satu-satunya harta sang ayah, harus dijual. Ketika sang ayah berbaring lemah di rumah sakit, dia memasang pengumuman bahawa rumah itu dijual.
Sendirian menjaga sang ayah, bolak-balik rumah sakit, badan wanita muda ini lelah. Dia kemudian tertidur tunduk di pelamin samping sang ayah. Begitu bangun pagi harinya, dia mendapatkan kertas bil dari rumah sakit di tempat tidur itu. Jumlahnya 0 bath. Dia terkejut.
Di bawahnya ada catatan. "Semua bayaran sudah dibayar 30 tahun lalu. Dengan 3 bungkus penahan sakit dan semanguk sup.
Salam , Dr Prajak Arunthong "
****
Ini kisah rekaan, iklan dari sebuah telefon gengam di Thailand. pada laman Youtube, iklan ini sudah ditonton lebih dari 7.2 juta orang dari seluruh dunia. Banyak sanjungan untuk iklan mengharukan ini. Banyak orang yang mengaku menonton berkali-kali sambil menangis.
Iklan ini ditutup dengan tagline: Memberi adalah komunikasi terbaik .
Salah seorang pengguna internet menilai bahawa walaupun pengarah Hollywood tidak akan mampu membuat filem semacam ini. "Hollywood tidak boleh membuat ini. Sebuah filem tiga minit membuat lelaki dewasa menangis," komentarnya.