Mengapa Kau Menangis Disini??!!Pergi Kau Menangis Disana!!


Terbaca berita kat bawah ni teringat diolag Ibu Mertuaku..
Apalagi harus diucapkan...menyesal air mata darah sekalipun,anak tu takkan hidup balik...
Kepada semua jadikanlah peritiwa ini sebagai pengajaran....

jangan tahu beranakkkk jer...!!

Ibu menangis tatap kali akhir mendiang Yan Hui


Mee Chin (tiga dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada Yan Hui di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow, Ipoh, semalam. Turut hadir suaminya, Kok Peng (dua dari kanan) dan dua anak mereka. - Foto Ikhwan Munir

 Ipoh: Pergi dengan baik, pergi dengan tenang, kata Choong Mee Chin, 30, sambil tangannya bergari ketika diberi peluang menatap wajah mendiang anaknya, Ho Yan Hui, 5, di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow, di sini, semalam. Mee Chin yang berdepan tuduhan membunuh Yan Hui mengucapkan demikian dalam nada perlahan, berdiri sambil menangis dan menundukkan kepala ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang anak perempuannya itu.

 Suri rumah itu yang kini ditahan di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri, tiba di lokasi jam 12 tengah hari sambil diiringi anggota polis dan pegawai hospital berkenaan sebelum dibawa mendekati keranda mendiang.

 Suasana bertambah pilu apabila suaminya, Ho Kok Peng, 39, memeluk erat dua lagi anak mereka, adik perempuan dan abang mangsa, masing-masing berusia dua dan tujuh tahun yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut dibawa ke situ.

  Pertemuan penuh hiba 

Sejurus membawa dua anaknya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, Kok Peng mendorong dua beradik itu mendekati Mee Chin, namun wanita berkenaan hanya memandang mereka sambil mengesat air mata dan menekap mukanya ke bahu kakitangan hospital di sisinya.

 Anak perempuan mereka terus menangis, manakala abangnya sempat melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada Mee Chin ketika dibawa pergi oleh bapanya. Pertemuan keluarga itu turut menyebabkan ahli keluarga terdekat dan orang ramai yang berada di situ hiba.

 Mayat mendiang dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Kek Look Seah di Bercham, pada jam 1.30 tengah hari sebelum dibakar. Peguam Mee Chin, Chong Kok Yew, memaklumkan mahkamah memberi kebenaran anak guamnya memberi penghormatan terakhir dan menyaksikan proses pembakaran mayat mendiang. 

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam keadaan koma pada jam 2.40 petang Ahad lalu, selepas 11 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

 Laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan cedera serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah. Kelmarin, Mee Chin didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu, di sini, pada 12 Ogos lalu.
Download