Rani Mukherjee and Aditya Chopra’s ....Cer Citer..




. Beliau adalah salah seorang pelakon yang paling berjaya Bollywood. Beliau mempunyai banyak hits . Bersama-sama dengan kehidupan profesional beliau, kehidupan peribadi beliau sentiasa di bawah pengimbas sepanjang kerjayanya. Tidak seperti pelakon lain, dia tidak dikaitkan dengan ramai pelakon di Bollywood. Tetapi dia sentiasa dikaitkan dengan penerbit filem Aditya Chopra.

Bollywood kini heboh mengenai berita pelakon jelita, Rani Mukherjee yang dikatakan sudah berkahwin secara senyap dengan penerbit dan pengarah filem, Aditya Chopra, Januari lalu.


Pada mulanya Rani bukan pilihan keluarga Aditya itu. Kelauraga Yash Chopra tidak menerima beliau malah mereka menganggap Rani menjadi penyebab perceraian  Aditya dan Payal isteri pertamanya. Tetapi kemudiannya ianya menjadi lebih baik secara beransur-ansur dan ibu bapa Aditya akhirnya mula menerima kehadiran Rani Mukherjee.

Gosip mengenainya sudah tersebar sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila Aditya sanggup menceraikan isterinya, Payal semata-mata kerana terlalu cintakan Rani. Rani pula adalah seorang yang sangat perahsia dan tidak suka media bertanyakan perkara peribadi termasuk gosip cintanya.

Namun, rahsia perkahwinan mereka itu dikatakan bocor secara tak sengaja pada hari meletakkan patung bapa Aditya iaitu mendiang Yash Chopra di Yash Chopra Studios, Mumbai, baru-baru ini yang turut dihadiri Rani.
Banglo Rani



Pada majlis itu, aktor Shatrugan Singh menyebut beberapa nama ahli keluarga mendiang yang hadir dan secara tidak sengaja tersebut nama Rani sebagai Rani Chopra.


Ia seperti mengesahkan yang pasangan itu sudah berkahwin. Apabila ditanya kepada Shatrugan, dia menjelaskan bercakap perkara yang benar, tetapi Rani dan Aditya nampaknya masih membisu mengenai perkara itu.

Below picture was taken when Aditya was still married to Payal. Rani is holding hands and being lovey-dovey with a MARRIED Aditya Chopra

Peminat terus ternanti-nanti adakah mereka akan membuat pengumuman rasmi? Bagaimanapun, melihatkan Rani yang turut bersedih mengingati pemergian Yash seolah-olah mengiyakan yang mereka sudah berkahwin.

Pelbagai reaksi keluarga dapat dilihat ketika Shatrugan menyebut nama Rani Chopra terutama ibu Aditya iaitu Pamela. Wanita itu tidak mahu diambil gambar bersama Rani dan Rani juga dilihat terus meninggalkan pentas.
Payal

Yash adalah penerbit dan pengarah filem legenda di India dan juga Pengerusi Yash Raj Studios.

Rani dan Aditya saling mengenali sejak mereka kanak-kanak lagi dan apabila dewasa, Rani antara pelakon yang banyak membintangi filem terbitan Yash Raj Studios, antaranya Veer-Zaara dan Bunty Aur Babli.

Sebelum Rani menjalin hubungan mesra dengan Aditya, dia juga pernah digosipkan bercinta dengan aktor Govinda hingga dikhabarkan hampir meruntuhkan rumah tangga pelakon itu. Selain itu, dia juga rapat dengan Aamir Khan, Shaad Ali, Anil Kapoor dan Abhishek Bachchan.
Download