Pesanan Sharifah Aini Buat Anaknya Aliff



                         
15hb April hari jadi anaknda saya Aliff Omar yang ke 31 tahun……Happy Birthday @ Selamat hari jadi sayang….Buah hati pengarang jantung Mami.

Mami do’akan kesejahteraan buat Aliff diDunia & Akhiratkelak…..Mami bersyukur kepada ALLAH yang telah mengurnia kan anak seperti Aliff…. Mami bertuah punya anak seperti Aliff…. Aliff anak yang baik tidak pernah meninggikan suara kepada Mami…..sememang nya sejuk perut Mami mengandungkan Aliff.

Kita berdua telah melalui satu perjalanan yang jauh selama 31 tahun sebagai keluarga….Mami bukan Ibu yang Sempurna…...Mami juga bukan Manusia yang sempurna…disini Mami dengan rendah hati selama 31 tahun ini membesarkan Aliff jika ada yang tidak menyenang kan hati Aliff sempena hari jadi Aliff….Mami mohon berbanyak-banyak kema’afan…Tentu nya ada masa dan ketika kita melalui warna-warna kehidupan dan menghadapi sedikit masa’alah seperti keluarga orang lain....itu lah lumrah kehidupan.

Setiap solat Mami sebagai Ibu......Mami sujud dan memohon kepada ALLAH semoga ALLAH ampunkan semua dosa Aliff ……Mami ingin melihat Aliff berjaya menjadi Pendakwah yang berjaya….Mami tahu, Aliff berada di Madinah selama 11 tahun belajar ilmu ALLAH…..Dugaan untuk Aliff pun bukan kepalang.

Semoga ALLAH memberi ganjaran Jannah untuk Aliff kerana menjadi anak yang baik…………Semoga ALLAH pelihara kehidupan Aliff dengan Rahmah & Baraqoh..….Mami pohon ALLAH panjang kan usia Mami agar dapat melihat Aliff bekeluarga.

Tapi jika Mami pulang keRahmatullah terlebih dahulu......Mami ingin Aliff tahu betapa Sayang & Kasih nya Mami pada Aliff.
Kasih IBU Membawa keSyurga wahai anak ku.

Sharifah Aini


p/s  selamat harijadi juga buat Aliff
Download