Antara Sifat Buruk Orang Melayu




                              
Dalam membicarakan perihal orang Melayu, orang Inggeris pada zaman kolonial, khasnya Frank Swettenham dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", menyingkap sisi gelap masyarakat Melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik. Adakah ia masih lagi ketara di zaman moden ini?

2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3. Tidak mudah menerima sebarang perubahan dalam apa-apa hal sekli.

4. Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.

5. Orang melayu tidak menghargai masa.

6. Orang melayu suka mengamuk.

7. Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.

8. Orang Melayu suka berpuak-puak.

9. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

Apa pendapat anda semua?
Download