Hubungan Siti Nurhaliza Lebih Romantik Selepas Suami Kemalangan


                            
                                        Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Hubungan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjadi lebih romantik selepas suaminya itu ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu.

Siti, 34, berkata, keadaan itu berlaku sejak dia menjaga dan menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu.

"Sejak suami cedera akibat kemalangan, saya cuti beberapa bulan semata-mata untuk menjaga suami. Saya tak menyangka, kemalangan yang berlaku itu memberi hikmah besar buat saya.

"Bukan nak kata sebelum ini saya dan suami tak romantik. Dia memang seorang yang romantik dan penyayang sejak dulu lagi.

"Tetapi apabila kami lebih kerap meluangkan masa bersama, suasana romantik dan rasa sayang itu menjadi berlipat kali ganda. Berbanding dahulu, kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya

                              


                               
                                   Siti dan Datuk K makin romantis

Tambah Siti, menjaga suaminya yang sedang sakit merupakan pengalaman yang sangat berharga dalam mengukuhkan lagi ikatan dalam sesebuah rumah tangga.

Malah beliau juga bersyukur apabila melihat perubahan suaminya yang semakin sihat dan memerlukan beberapa rawatan fisioterapi agar pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah, kejadian yang telah berlaku merupakan cabaran dan dugaan hidup. Saya sangat bersyukur kerana Allah tidak mengambil terus nyawa suami saya.

"Biasalah menjaga orang sakit ini macam-macam dugaannya. Bagi yang pernah berada dalam situasi seperti saya, mereka mesti akan faham.

"Memandangkan tangan suami cedera, banyak pergerakan yang tidak boleh dilakukannya dan hal itu membuatkan dia tak senang duduk.

"Kalau tidak... ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang perabot dalam rumah yang dirasakan tidak kena dengan cita rasanya pun hendak diubah sendiri," seloroh penyanyi jelita ini.

p/s pppsstt..hubungan saya ngan hubby pun romantik gak...ahaks...
Download