Datuk K tidak boleh bergerak
KELUARGA bahagia Datuk K dan Siti Nurhaliza bersama tiga anaknya Muhammad Adib (kanan), Muhammad Anas (depan) dan Muhammad Azief.
KUALA LUMPUR – Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.
Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.
Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.
Yang pasti, katanya, Datuk K yang patah bahu, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut perlu menjalani rawatan rapi.
“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kemalangan berlaku dipercayai oleh kerana kegagalan mengawal motosikal, keadaan Datuk K walaubagaimanapun dilaporkan stabil.
Dato’ Siti Nurhaliza, menerusi Twitter miliknya juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil berat dan mendoakan suaminya, Datuk K.