PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menafikan laporan akhbar tempatan kononnya suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak boleh bergerak berikutan kemalangan yang dialaminya minggu lalu.
Melalui laman mikro, Twitter miliknya, Siti Nurhaliza menulis bahawa Datuk K tidak patah kaki dan boleh berjalan.
“Tidak berapa tepat laporan ini... tidak patah kaki dan boleh berjalan,” tulisnya ringkas kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Khamis lalu, Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.
Beliau dikhabarkan mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi oleh anak lelakinya Muhammad Azief melalui laman Twitter.
Datuk K selamat menjalani pembedahan yang dikatakan mengambil masa lapan jam, semalam.
hhmm..mana satu yg betul ni...


Related Posts :
Hans Isaac Terkilan Tidak Kahwin Sebelum Ibu Meninggal DuniaPETALING JAYA: Pelakon dan penerbit filem Hans Isaac terkilan kerana tidak dapat menunaikan impian ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang i… Read More...
Foto : Datuk Siti Nurhaliza Dan Datuk K Mengerjakan UmrahBerikut merupakan gambar pasangan bahagia penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhammad… Read More...
Bayi Rini AF Kritikal Kerana TertiarapBelumpun seminggu menerima kehadiran anak sulungnya, Maryam Joanna binti Johanis, bekas pelajar Akademi Fantasia, Rini berdepan dengan dugaa… Read More...
Cahaya Malaika persis pelangi, tidak jemu dipandang makin lama semakin asyik.KEHADIRAN Cahaya Malaika umpama pelangi buat pasangan sehati sejiwa, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora’Ashikin Rahmat (Ekin). Tatkala kali perta… Read More...
Akhirnya Anak Pertama Rini AF7 Meninggal DuniaEmpat hari lalu, terdapat beberapa media melaporkan yang penyanyi wanita yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Rini AF7, bayi … Read More...