Tanda-tanda Ketagihan Seks & Penyelesaiannya


 



Beberapa selebriti dan artis dunia dikhabarkan mempunyai ketagihan terhadap seks. Di negara kita sendiri tidak terkecuali baru-baru ini kita juga di gemparkan khabarnya ada artis kita yang merakam adengan seksnya. Ketagihan seks digambarkan sebagai gangguan progresif yang bertanda fikiran dan tindakan seksual kompulsif.

Sebahagian pakar menyebut gangguan ini sejenis gangguan mental, sebahagian yang lain menggelarnya penyimpangan keperibadian. Mereka yang termasuk penagih seks sangat terdedah berkaitan intim dengan temujanji seksual berbahaya, walaupun tahu akibat buruknya.


Ini beberapa tanda-tanda ketagihan seks, seperti dilaporkan oleh Times of India.

1. Standard Berganda
Tanpa mereka sedari, penagih seks mulai menjalani kehidupan seks rahsia. Mereka boleh menjadi seseorang yang selalu berbohong kompulsif dan menikmati banyak pornografi.

2. Ketegangan dalam hubungan peribadi
Umumnya, para penagih seks tak boleh menguruskan hubungan utama mereka dengan mudah. Sebab, mereka banyak berbohong dan mempunyai sisi lain dalam kehidupan.

3. Cabaran menyenangkan
Mengambil risiko seperti melakukan aktiviti intim bahkan hubungan seks di tempat awam adalah hal yang sangat mencabar. Dan, pelakunya semakin tertantang untuk melakukannya.

4. Merasa bersalah
Walaupun hidup terasa sangat menyenangkan, banyak yang berasa bersalah dan kerap merasai kemurungan.

5. Selalu mencari mainan seks
Para penagih seks selalu ingin mencuba perkara baru dan membuat mereka ketagihan. Sehingga, tak hairan anda akan menjadi pengumpul mainan seks. Tapi, pasangan mungkin tak setuju dengan banyaknya mainan seks. Lagipun selama berhubungan intim, fikiran para penagih seks lebih banyak mengkhayalkan obsesi seksnya.

6. Berisiko Merosakkan Nama Baik
Selain boleh mengakibatkan berkemungkinan berhadapan dengan undang-undang akibat perilaku berisiko anda, perilaku seks berlebihan juga boleh memerangkap dalam kedudukan memalukan dan merosakkan reputasi. Yang pasti nama akan tercalar jua mungkin langsungnya mereka dianggap oleh masyarakat golongan yang tidak bermoral. :(

7. Seks intrusif
Tanda yang paling nyata dari ketagihan seks adalah mengganggu keselesaan orang lain dengan sentuhan yang berbau seksual.

8. Berfantasi tentang seseorang
Sementara berfantasi tentang seseorang adalah hal yang umum, terobsesi adalah sesuatu yang berbeza. Yang pasti, obsesi seks akan memberi kesan buruk.

9. Seks Tidak Bertanggungjawab
Ketika seseorang terlibat dengan pasangan, mereka seharusnya bertanggungjawab dengan melakukan hubungan dalam. Namun, banyak para penagih yang tak bertanggungjawab dengan menyebarkan penyakit jangkitan seksual. Sebaiknya, jujur dengan pasangan seks adalah cara yang paling ideal.

Pakar Seksologi, Dr Dhananjay Gambhire mengatakan, menerima diri sendiri yang mempunyai ketagihan seks adalah langkah pertama. "Seseorang akan tetap terlibat dalam aktiviti penuh risiko ini hingga tangkap basah, dan sebagainya.

Para penagih seks hanya boleh mengawal dan mengubah perilaku dengan sokongan dan motivasi pasangan. Perundingan dengan pakar serta ubat-ubatan seringkali diperlukan untuk memulihkan diri. "Paling penting adalah keinginan untuk memperbaiki diri dan hubungan bersama pasangan." Sumber disunting by Google.
Download