Inilah Ketikanya Air Terjun Niagara Kering Kontang


Pada kebiasaannya, beginilah rupa air terjun Niagara dan air yang mengalir bagaikan lautan biru yang luas.


Berdasarkan gambar di atas, sukar untuk dipercayai bahawa air terjun tersebut boleh menjadi kering kontang seperti gambar di bawah :


Gambar di atas di rakamkan pada bulan Jun 1969, di mana air dari Sungai Niagara dibendung dan dialihkan laluannya daripada air terjun Niagara. Hal ini dilakukan oleh pihak berkuasa bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan itu, dan juga bagi memeriksa struktur kawasan itu.


Namun, setelah projek ini menjadi terlalu mahal, operasi ini dihentikan. Ketika itu, pasukan Angkatan Tentera AS meledakkan kawasan bendungan sementara itu dan aliran sungai dikembalikan semula ke air terjun pada akhir November 1969.





owhh...begitu ceritanya....



Download