Ketika sambutan hari Halloween, buah labu pastinya menjadi pilihan untuk dijadikan ukiran unik. Di Michigan, Amerika Syarikat , terdapat bengkel yang menghasilkan ciptaan labu Halloween yang menyeramkan yang diukir oleh Ray Villafane dan Andy Bergholtz .
Dikatakan Villafane meyedari bakat mengukirnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya dan dia kini boleh mengukir labu hanya dalam masa 2 jam. Sebelum itu dia mengukir tanpa sebarang latihan.
"Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya," katanya