India – Seorang gadis berusia 18 tahun, Laxmi Sargara, berjaya membatalkan perkahwinan yang diatur oleh keluarganya ketika dia berusia setahun.
Manakala suaminya pula, Rakesh, 20, hanya berusia dua tiga tahun ketika kedua-dua keluarga mengikat perkahwinan tersebut.
Laxmi hanya mengetahui mengenai perkahwinannya dengan Rakesh, selepas ibu bapa mertuanya muncul di rumah keluarganya di Rajasthan, bulan lepas.
Ketika itu mereka datang untuk membawanya pergi ke rumah suaminya.
Gadis berkenaan yang tidak gembira dengan keadaan itu kemudiannya membantah perkahwinan tersebut, namun ibu bapanya enggan membatalkan perjanjian itu.
“Saya tidak suka dengan perkahwinan ini, namun ibu bapa saya tidak bersetuju, menyebabkan saya mendapatkan bantuan Sarathi Trust di Jodhpur,’’ katanya.
Sarathi Trust merupakan sebuah pertubuhan yang menentang perkahwinan melibatkan kanak-kanak.
Menurut Laxmi, fikirannya kini tenang dan dia tidak lagi memikirkan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Rakesh pada mulanya mahu mengekalkan perkahwinan berkenaan namun selepas diberikan kaunseling, dia akhirnya berubah fikiran dan bersetuju untuk bercerai.
Kes berkenaan merupakan yang pertama melibatkan perceraian di kalangan pasangan yang melalui perkahwinan yang diatur oleh keluarga ketika masih kanak-kanak.