Menggunakan perkataan singkat atau ‘short form’ sering kali digunakan lebih-lebih lagi ketika menghantar mesej atau Short Messaging System (SMS).
Mungkin singkatan itu digunakan untuk menjimatkan ruang SMS atau pun tidak mahu mesej menjadi panjang.
Kalau yang gemar menyingkatkan mesej dan mengeja yang boleh membuatkan si penerima membaca dan memahami, itu tidak mengapalah.
Tidaklah nanti akan terjadi salah faham dalam mentafsirkan mesej yang cuba disampaikan.
Macam mana pula kalau kemudahan ‘short form’ disalah gunakan sampaikan pembaca pening untuk mentafsir?
Sekarang ini, ‘short form’ semakin luas digunakan lebih-lebih lagi dengan pertumbuhan laman-laman sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan, seperti Facebook, Twitter, Hi5, Tagged dan sebagainya.
Semakin mudahlah ‘short form’ digunakan.
Tetapi, kalau huruf yang sebanyak 26 huruf disalah gunakan pula macam mana?
Ini adalah salah satu contoh penyalahgunaan huruf yang penulis dapati dalam laman sosial Facebook.
Agak pelik juga dengan penggunaan huruf yang digunakan oleh pemuat naik status itu sendiri.
Kalau nak dikatakan tidak pandai membaca, tidaklah dia pandai memuat naik statuskan?
Penulis percaya, pendidikan yang diperolehi dari peringkat tadika ke peringkat sekolah sudah cukup untuk mengajar kita mengeja dengan betul.
Tapi, kenapa masih lagi hendak disalah gunakan? Macam mana huruf ‘a’ boleh ditukar jadi ‘w’? Dan bila pula perkataan ‘stress’ ada istilah baru iaitu ‘tenyen’?
Pelik!
Oleh: NAIMAH SHAARI