Kebiasaannya kita hanya dapat melihat jagung yang mempunyai isi berwarna kuning. Namun persepsi itu boleh diubah apabila kita bertandang ke India. Hal ini kerana jagung ini dapat ditemui di India dengan nama “Indian Corn”. Ia dapat dimakan seperti jagung biasa iaitu dengan direbus. Namun, isinya lebih tebal dan liat dan ia juga tidak begitu manis berbanding dengan jagung biasa. Jagung ini biasanya dijadikan popcorn atau sebagai hiasan.
