Misteri Disebalik Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih…



Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.

Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.

Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi 9 hari ternakan itu disembelih.


Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.

Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.

Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”

Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.

Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.

Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.

Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.

Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.

Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Download