Taubat 'Last Minute'.OK Tak??


Kenal tak Firaun ??

"Firaun kejam!!"
"Firaun penindas!!"
"Firaun perosak kedamaian!!"
"Firaun angkuh! Sombong! takbur!!"

Ya.
Apabila ditanya tentang Firaun,begitulah jawabnya. Semuanya buruk! Langsung tiada sisi positif yang dapat digambarkan.

Sememangnya kenyataan buruk itu merupakan suatu yang benar dan tidak dapat dinafikan.

Lebih-lebih lagi,kisah kekejaman pemerintahan Firaun banyak dinukilkan di dalam Al-Quran.

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." [28:4]



Firaun memang teruk!!
Namun..
Kita kena ingat bahawa Firaun juga sempat bertaubat dan mengaku beriman kepada Allah!

"Firaun sempat bertaubat?? Biar betul.. bila??"

Ya,memang benar!
Firaun sempat menyatakan keimanan dan keyakinannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah ketika dia nazak dipukul laut dan ditenggelamkan bersama bala tenteranya.

"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [10:90]

Persoalan besar sekarang,adakah taubat Firaun diterima??

Sudah pasti tidak ! Sudah pasti tidak ! Tidak akan diampunkan!
Segala-galanya sudah terlambat..
Firaun yang hidup dalam keadaan bongkak menderhaka sehingga mengaku diri sebagai Tuhan malah banyak melakukan kerosakan sudah semestinya akan mati dalam azab yang membinasakan.

آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."[10:91]
(Surah Sodh 38: 46)

Itu Firaun. Taubatnya sia-sia dan ditolak oleh Allah.

Bagaimana dengan kita? Nak bertaubat seperti Firaun juga?
"Taubat last minute?"
Fikir-fikirkan sebelum terlambat!

Apa sudah jadi dengan kehidupan kita?


Adakah kita masih lagi mengatakan ;

"Alaa. muda hanya sekali,enjoylah! Tua nanti baru taubat.
Allah kan Maha Pengampun!"

"Pakai tudung?? Muka aku ni cantik lagi,rambut pun sama..
Kalau pakai tudung, macam mana orang nak terpikat kat aku?
Haa. Bila dah tua berkedut nanti,aku pakailah tudung tu.."

"Solat berjemaah di masjid? Huu..commonlah..
I'm very busy bro! nak cari duit untuk family aku!"

"Belajar ilmu agama? Fahami Al-Quran secara mendalam?
Agak-agakla. itu bukan bidang aku! Bidang yang ada sekarang ni pun tak settle lagi.
Busy..banyak assignment! mana ada masa!"

Baiklah
Cuba renungkan kata-kata di atas..
Anda pernah keluarkan kata-kata seumpama itu? Berhati-hatilah..

Sangat jelas menunjukkan bahawa golongan seperti itu tidak peduli akan kehidupan akhiratnya malah merasakan dirinya sempat bertaubat sebelum mati.

Bila kita akan mati? Tidak tahu..

Tidak ada sesiapapun yang tahu bila tarikh Malaikat Maut akan mengambil nyawa kita.
Itu semua rahsia Allah.Semata-mata untuk menguji kita,siapa yang lebih baik amalannya.
Apa yang pasti,kematian itu tetap akan datang tanpa dilewatkan mahupun dipercepatkan walau sesaat.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [7:34]

Oleh itu,sebelum kematian datang menjemput secara tiba-tiba,sedar dan segeralah bertaubat!

Jangan tangguh-tangguh!
Mari kita berubah menjadi insan yang selalu menghitung diri dan bersiap sedia untuk kehidupan selepas mati nanti.

Rasulullah saw bersabda:

"Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya." [Riwayat al-Tarmizi]

Siapa yang hendak tolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri?
Allah sendiri sudah berjanji tidak akan mengubah seseorang selagi mana seseorang itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya.

..إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
[13:11]

Ingatlah,apabila nyawa sudah sampai ke kerongkongan, tiada lagi taubat dan pujuk rayu yang akan dilayan.Lalu,kita mati katak sama seperti Firaun yang mati dalam keadaan tidak diterima taubatnya.

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih."
[418]



- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Mohamad Aswan Bin Tanggiling Merupakan seorang pelajar lepasan SPM 2010. Sekarang beliau sedang mendalami bidang penterjemahan Al-Quran di SematQuran(SQ) Ampang, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Tanta,Mesir pada bulan oktober tahun ini. Beliau berkongsi karya di http://mati-pasti.blogspot.com.
Download