Seronok Sangatkah Jadi Pontianak??


Maria Jose Cristina setelah melakukan pembedahan.

Rawatan kosmetik belah lidah, wajah pontianak, implan tanduk kini trend hangat di Barat.

TREND atau obsesi gila!
Itulah yang berlaku sekarang apabila fenomena pelik mengiringi dunia kecantikan plastik yang kini beralih kepada kegilaan baru - mencacatkan kesempurnaan wajah dengan segala bentuk penampilan pelik yang sama sekali tidak boleh diterima akal.

Buktinya - lidah diubah menyamai lidah cicak, gigi pontianak, hujung telinga tajam seperti karakter ‘Mr Spock’ malah yang terlebih berani, melakukan pembedahan menumbuhkan tanduk di kepala menerusi kaedah implan.

Percaya atau tidak, pembedahan seumpama itu semakin mendapat sambutan menyebabkan doktor yang sebelum ini sibuk dengan usaha mencantikkan wajah kini beralih haluan kepada teknik mencacatkan rupa.

Meraih populariti menerusi filem dan siri televisyen seperti Twilight, The Vampire Diaries dan True Blood, bukanlah sesuatu yang mengejutkan prosedur bertemakan pontianak dianggap pencetus aliran.

Transformasi merubah wajah menjadi seperti pontianak, misalnya, hanya mengambil masa cuma 20 minit tanpa kesan bengkak atau lebam pada muka. Ia tidak menggunakan pisau sebaliknya cuma sejenis suntikan Selphyl yang menjadikan ketebalan kulit bertambah dalam masa beberapa minggu ketika kolagen baru dan saluran darah terbentuk. Tisu pelanggan sendiri yang melambatkan kesan penuaan secara semula jadi.

p/s  cantik sangat ke??
Download