Jika masyarakat bandar pening-pening kepala memikirkan hantaran perkahwinan yang semakin tinggi, lain pula halnya bagi masyarakat Orang Asli. Asal suka dan tiada perkaitan adik beradik, sudah boleh kahwin. Semuanya free!
“Selepas anak-anak suka sama suka, mak ayah akan datang ke rumah untuk tetapkan tarikh. Selepas dapat tarikh, sudah boleh balik ke rumah pengantin perempuan, tak payah bayar apa-apa pun kecuali adakan kenduri bagi meraikan pengantin,” cerita Penghulu Kampung Chweh, Kaweh, 48 dari Tasik Temenggor, Gerik, Perak.
“Takkan tak bayar apa-apa,” aju penulis kepadanya.
“Tak payah, free saja. Nak kahwin enam pun tak apa, boleh kumpul duduk satu rumah lagi,” katanya bersungguh sekali gus membuatkan penulis semakin melopong.
“Betul ke tok,” aju penulis kepadanya.
“Adalah caranya! Katanya bersahaja. Belum sempat ditanya rahsia boleh duduk enam serumah, Tok Kaweh dengan selamba bertanya.
“Tahu minyak cenuai?,” ajunya kepada penulis. Belum sempat digeleng, dia terus menjelaskan, minyak cenuai itu samalah dengan minyak senyonyong.
“Calit saja pada perempuan, bukan enam, 10 isteri pun boleh berkumpul satu rumah. Tujuan minyak ini disapu agar hati isteri lembut dan tidak bergaduh sesama sendiri,” terangnya lagi kepada penulis.
“Habis, isteri tok berapa? “ aju penulis selamba kepadanya.
“Satu saja,” jawap Tok Kaweh selamba. Hahahaha, pecah gelak kami semua. “Tapi anak saya kahwin dua. Saya tak boleh, dia boleh bercabang-cabang,” katanya sambil ketawa. Tapi awas, jika kahwin free tetapi kalau mahu bercerai dan jika ditambah isteri itu mengandung, anda perlu membayar RM10,000 secara tunai.
Beraya selepas berkabung
Pertemuan rombongan penulis menuju ke Perkampungan Pos Orang Asli Kampung Chweh, Tasik Temenggor, memberikan banyak pelajaran tentang budaya dan adat masyarakat asli.“Selepas anak-anak suka sama suka, mak ayah akan datang ke rumah untuk tetapkan tarikh. Selepas dapat tarikh, sudah boleh balik ke rumah pengantin perempuan, tak payah bayar apa-apa pun kecuali adakan kenduri bagi meraikan pengantin,” cerita Penghulu Kampung Chweh, Kaweh, 48 dari Tasik Temenggor, Gerik, Perak.
“Takkan tak bayar apa-apa,” aju penulis kepadanya.
“Tak payah, free saja. Nak kahwin enam pun tak apa, boleh kumpul duduk satu rumah lagi,” katanya bersungguh sekali gus membuatkan penulis semakin melopong.
“Betul ke tok,” aju penulis kepadanya.
“Adalah caranya! Katanya bersahaja. Belum sempat ditanya rahsia boleh duduk enam serumah, Tok Kaweh dengan selamba bertanya.
“Tahu minyak cenuai?,” ajunya kepada penulis. Belum sempat digeleng, dia terus menjelaskan, minyak cenuai itu samalah dengan minyak senyonyong.
“Calit saja pada perempuan, bukan enam, 10 isteri pun boleh berkumpul satu rumah. Tujuan minyak ini disapu agar hati isteri lembut dan tidak bergaduh sesama sendiri,” terangnya lagi kepada penulis.
“Habis, isteri tok berapa? “ aju penulis selamba kepadanya.
“Satu saja,” jawap Tok Kaweh selamba. Hahahaha, pecah gelak kami semua. “Tapi anak saya kahwin dua. Saya tak boleh, dia boleh bercabang-cabang,” katanya sambil ketawa. Tapi awas, jika kahwin free tetapi kalau mahu bercerai dan jika ditambah isteri itu mengandung, anda perlu membayar RM10,000 secara tunai.
Beraya selepas berkabung
Jelas Tok Kaweh, andai berlaku satu kematian, seluruh keluarga akan berkabung sekurang-kurangnya dua minggu dan paling lama sebulan dari melakukan sebarang pekerjaan. Juga dilarang bersikap rambut, bersolek, memakai pakaian kemas dan sebagainya. Ia dilakukan bagi menghormati keluarga yang di dalam kesedihan.
“Tetapi sebaik habis berkabung, kita akan beraya besar-besaran termasuk menga da kan joget sewang empat malam ber turut-turut. Pada masa itu, makanlah dari pagi petang, malam dan bawa ke pagi balik,” katanya yang menjadi penghulu bagi tiga pos orang asli iaitu Kampung Chweh, Kampung Tarokbus dan Kampung Tebang. Perkampungan Chweh sendiri mempunyai 19 keluarga yang berjumlah 97orang semuanya.
Berkongsi pengalaman bersama Tok Kaweh, jelasnya selaku ketua bagi masyarakat orang asli, mereka sudah boleh menerima arus perubahan moden malah mereka tidak lagi sesuka hati mengambil hasil hutan atau berburu binatang di hutan.
“Dahulu memang begitu tetapi selepas banyak berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan, kami semakin terbuka mata dan demi menyelamatkan warisan negara, kami tidak lagi mengambil hasil hutan seperti gaharu, herba dan sebagainya.
“Bagi menambah pendapatan, kami menoreh getah malah biji getah yang jatuh kami semaikan semula untuk dijadikan biji benih. Boleh dikatakan, setiap keluarga mempunyai 200 batang pokok getah.
“Malah kami bekerjasama dengan pihak Perhilitan untuk memasang kamera di puncak pokok bagi mereka mengenal pasti spesies burung yang datang ke negara ini,” jelasnya mengakui mampu memperoleh lebih dari RM1000 setiap bulan selepas bekerjasama dengan pihak Perhilitan dan pelbagai agensi lain yang membuat kajian di dalam hutan
Saman dan menang RM34,000
“Jangan ingat kita tak moden. Nyanyilah sampai ke malam pun, tak siapa nak larang,” katanya mengakui di Kampung Chweh, 19 keluarga semuanya terdiri dari adik beradiknya sendiri.
Dia yang juga dari suku Jahai mengakui, sebagai generasi ketiga masyarakat Orang Asli di kawasannya, dia pernah menyaman syarikat pembalakan dalam air kerana melakukan pencemaran di kawasan kampung mereka.
“Saya menang dan peroleh RM340,000. Duitnya saya simpan di bank,” katanya yang juga punya sembilan anak selain pernah menjadi pelakon iklan bagi Bank Simpanan Nasional.
Bercerita lebih lanjut katanya, disebabkan sudah menerima arus pemodenan, mereka lengkap berpakaian dan ada juga sebahagian masyarakat Orang Asli khususnya di Royal Belum yang masih memakai cawat kerana kedudukan jauh terpencil.
“Saya juga ada ke Kuala Lumpur bertemu dengan pegawai di kementerian bagi membincangkan hak-hak orang asli. Malah anak-anak kami juga sudah mula bersekolah di awal usia enam tahun lagi sehingga ke sekolah menengah di kawasan Gerik.
Bercerita lebih lanjut tentang penempatan orang asli, Tok Kaweh berkata dahulu nya, mereka tinggal di Kampung Temenggor dan sering berhadapan dengan anca man komunis yang menembak Orang Asli membabi buta.
“Bila kawasan ini ditenggelami air, komunis juga terus pupus. 1979, kami semua dikumpulkan di RPS Banun dan saya ketika itu masih lagi kanak-kanak. Namun berlaku pergaduhan sesama Orang Asli di mana sumpit dan panah melayang tepat di dada.
“Akhirnya, semua tok penghulu dengan kesepakatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bersetuju memberi penempatan di sini dan barulah kami mampu tidur lena,” katanya sambil memberitahu masyarakat Orang Asli mampu meredah hutan tanpa masalah.
“Bagi dua hari saja, kami boleh sampai di sempadan Gua Musang tapi kalau bawa pelancong luar, masanya lama, tujuh hari kerana mereka banyak berehat. Bukan Orang Asli namanya kalau sesat di dalam hutan,” katanya sambil ketawa dan mengucapkan Yak Wek kepada kami yang bermaksud nak balik.